Resepi Terung Goreng

Ada yang hendak main masak-masak dengan Mama ker? 🙂

Hari ini Mama ingin berkongsi satu lagi resepi yang sememangnya adalah favourite keluarga Mama. Especially Syahir. Kalau Mama masak resepi ini, memang boleh dihabiskan oleh Syahir seorang sahaja.

Resepi yang ingin Mama kongsikan ini, namanya ‘Terung Goreng’. Resepi ini diajar oleh my mother. Mama memang suka makan terung goreng ini. Lebih-lebih lagi dengan nasi goreng. Sedap…:)

Bahan-bahan:

  1. Terung. Selalu Mama pilih terung yang agak sederhana saiznya. Dan tidak berapa panjang.
  2. Serbuk kunyit.
  3. Garam.
  4. Sebiji telur.

Simple kan, bahan-bahannya? Jom kita tengok cara hendak prepare bahan-bahan terung goreng ini.

Cara-cara:

  1. Hiris / potong terung jangan terlalu nipis. Boleh tengok pada gambar di atas untuk agak-agak tebal mana you all perlu hiris / potong.
  2. Letak terung yang telah dihiris / dipotong di dalam satu mangkuk.
  3. Pecahkan telur di dalam satu mangkuk yang lain.
  4. Masukkan serbuk kunyit dan garam di dalam mangkuk yang berisi telur. Banyak mana perlu letak? Agak-agak macam you all nak goreng ikan.
  5. Kacau serbuk kunyit, garam dan telur supaya telur jadi hancur. Kacau macam hendak buat telur dadar.
  6. Masukkan campuran serbuk kunyit, garam dan telur tadi ke dalam mangkuk yang berisi terung yang telah dihiris / dipotong.
  7. Gaulkan terung tersebut dengan campuran serbuk kunyit, garam dan telur supaya semua terung disalut dengan campuran tersebut.
  8. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak untuk menggoreng. Minyak tidak perlu banyak. Api jangan terlampau tinggi. Medium-low heat sudah okey.
  9. Apabila minyak sudah panas, goreng terung tadi. Pastikan terung tidak bertindih antara satu sama lain, supaya terung digoreng sama rata. Macam you all goreng ayam / ikan.
  10. Terbalikkan terung tadi, jika bahagian bawah sudah bertukar warna menjadi kekuningan emas. Pastikan goreng kedua-dua bahagian atas dan bawah.
  11. Apabila kedua-dua bahagian terung sudah bertuka menjadi warna kekuningan emas, you all boleh angkat and toskan minyak terlebih dahulu.
  12. Siap.

Mudah kan? Cara-caranya lebih kurang sama dengan macam hendak goreng ikan / ayam. Cuma kita tambah telur sahaja.

Cubalah dahulu. Insya Allah sedap. Lagi-lagi kalau makan dengan nasi goreng. Nyum.

Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *