Selamat Hari Raya 2017

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

Alhamdulillah, syukur…:)

Apabila Syawal menjelang, menandakan Ramadhan pun berakhir. Allahu, adakah kita masih berpeluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan? Have we done our best in this year’s Ramadhan? I hope we have. Mama doakan, semoga Allah S.W.T. menerima segala amalan baik kita ketika di bulan Ramadhan.

Alhamdulillah. Last Saturday (17th of June 2017), Mama bersama dengan beberapa team members #PBAngelsUtara sempat berkumpul untuk ber photoshoot Raya. Sementara masih berpeluang kan?

Kemain lah kakak-kakak #PBAngels ini bergaya. Sesekali kan? Bukan selalu pun we all ber photoshoot.

Of course, our theme would be pink. All shades of pink. Dah nama pun Angels kan? #PBAngels. Haha!

My pink jubah is from Hijab Galeria. Super love the quality and the simple design. And the jubah is less than RM100. Seriously freaking cheap for a good and decent quality jubah. And my khimar is from Niqavie.

Dengan kesempatan ini, Mama ingin menyusun sepuluh jari, meminta mapun dan maaf dengan pembaca-pembaca blog Mama. Manalah tahu, sepanjang Mama berkarya dalam blog Mama, Mama ada mengguris hati dan perasaan yang membacanya. Ampun dan maafkan Mama ya. Semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini, sentiasa memberi makna yang baik-baik buat kita semua.

Even Inas pun join photoshoot ini. Kebetulan pula dia pakai baju pink. So, memang macam dah blend in together dah. Siap bersilang kaki lagi ha…:)

Hati-hati kepada yang drive balik kampung ya. Jauh atau dekat, be careful on the road.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari team #PBAngels. Kalau hendak beli Premium Beautiful, jangan segan-segan contact Mama ya.

Waktu Raya lah paling wajib pakai Premium Beautiful. Sebab memang open house selalu kan. Makan pun jarang sangat kita dapat control, unless ada benda lain yang tolong control kan. Sayang lah, berat badan sudah turun ketika Ramadhan, badan pun sudah slim, tengok-tengok masa Raya pertama, kedua, berat naik mendadak. Sebab kita payah hendak control makan.

So, apa lagi? Jangan lupa sarungkan Premium Beautiful ketika Raya ini ya. Supaya bukan sahaja badan kemas, malah membantu untuk control food intake kita. Supaya tidak terlebih. Supaya kita sebenarnya makan, bukannya melahap. Hahaha!!

Sekali lagi, Mama dan keluarga Mama (Ayah, Syahir dan Inas) ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Insya Allah, kita akan bertemu lagi di entry yang akan datang ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *