Shake Me Cocoa

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

Sedikit peringatan. Sebaik-baiknya, jika you all membeli Shake Me Cocoa dengan agent lain, dapatkan khidmat nasihat daripada agent yang you all berurus niaga. Buat masa sekarang, Mama hanya memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan yang berurus niaga dengan Mama.

Terima kasih kerana memahami…:)

Untuk pembelian Shake Me Cocoa, you all boleh contact Mama at: +6 019 – 4419180 (Izyan). Link untuk terus direct WhatsApp Mama: http://www.wasap.my/60194419180

Frequently Asked Questions (Soalan-soalan lazim):

Soalan: Bolehkah saya COD (Cash-On-Delivery) Herba Maharani?

Jawapan: Maaf, buat masa sekarang, Mama tidak menyediakan perkhidmatan COD. Hanya postage sahaja.

Untuk lebih details tentang Shake Me Cocoa, boleh terus baca entry di bawah ya. Mama sangat sarankan untuk baca penerangan Mama mengenai Shake Me Cocoa di bawah, sebelum you all contact Mama and bertanyakan soalan. Bukan apa, kebanyakan soalan yang you all bakal tanya, mungkin sudahpun dijawab di dalam entry blog Mama ini. So, harap sangat you all dapat baca sehabisnya sebelum you all decide untuk contact Mama, untuk mengelakkan Mama menjawab soalan-soalan lazim.

Mama ucapkan terima kasih kerana sudi membaca entry blog Mama…:)

Jika you all biasa menjadi follower blog Mama, Mama adalah agent yang menjual minuman supplement, product kecantikan dan kesihatan. Antara product kecantikan yang Mama jual, ada yang memang bertujuan untuk mengurangkan berat badan berlebihan dan membentuk kembali bentuk badan yang sudah out of shape. Seperti Premium Beautiful dan Set Kempis Perut.

Mama ingin memperkenalkan satu lagi product yang memang bertujuan untuk mengurangkan berat badan berlebihan dan membakar lemak. Iaitu Shake Me Cocoa.

Sebelum Mama teruskan dengan penerangan tentang Shake Me Cocoa ini, ingin Mama tegaskan, jika you all benar-benar ingin mengurangkan berat badan berlebihan, bergantung pada product seperti Premium Beautiful, Set Kempis Perut dan Shake Me Cocoa semata-mata mungkin akan memberikan kesan yang agak lambat. Yang penting, kena juga jaga pemakanan dan disertakan dengan senaman ringan. Supaya badan sentiasa berpeluh.

Kenapa Mama kata kena jaga pemakanan? Sebab, no point kalau kita sudah membuat proses detoks, kita ambil Set Kempis Perut contohnya, no point kalau kita tetap makan makanan yang berlemak sebab ia akan menyebabkan Set Kempis Perut tidak akan memberikan kesan yang efektif. Macam counter balik apa yang Set Kempis Perut buat.

Sama juga kalau you all amalkan Shake Me Cocoa ini. Kena disertakan juga dengan jaga pemakanan dan senaman ringan. Supaya kalau kita sudah bakar lemak, janganlah kita menambah semula lemak dalam badan kita. Okay? Boleh faham? Good. Then, kita teruskan…:)

Shake Me Cocoa adalah minuman berprotein yang sihat, lengkap dan lazat dalam satu peket mudah. Ia dirumus istimewa daripada protein berkualiti tinggi yang ditambah dengan
Garam Buluh, serat makanan, ekstrak Garcinia cambogia asli, multivitamin dan mineral. Kebaikan dan khasiat bahan-bahan ini diadun bersama dengan koko mewah bertaraf premium yang memberikan rasa Shake Me Cocoa yang lazat. Yes, Shake Me Cocoa merupakan salah satu lagi product Garam Buluh. Kalau you all ingin membaca apa kebaikan Garam Buluh, boleh pergi baca di sini.

Biasa you all dengar kan, kadang-kadang dalam proses untuk mengurangkan berat badan berlebihan ini, selalu kita dengar pagi-pagi ambil protein drink, in case kalau kita tidak sempat untuk sediakan breakfast yang berkhasiat. Selalu juga kadang-kadang, mereka ini akan campurkan protein drink mereka dengan any vegetables and blend together. Boleh jadi protein shake. Kenapa sumber protein merupakan pilihan terbaik dalam mengurangkan berat badan berlebihan?

  • Penyerapan protein di dalam badan lebih konsisten menyebabkan badan akan merasakan lebih berpuas hati.
  • Kombinasi hidangan tinggi protein + karbohidrat (seperti contoh, sayur-sayuran dan ubi kentang) menghalang penyerapan gula dalam badan dengan agresif. Gula yang berlebihan dalam badan, merupakan antara satu faktor kepada kencing manis dan kenaikan berat badan yang mendadak.
  • Makanan yang mempunyai sumber protein tinggi akan merangsang pembakaran kalori dengan lebih tinggi di dalam badan, jika dibandingkan dengan lemak.
  • Protein bertindak sebagai ‘fuels’ (bahan api) untuk membakar lemak. Lebih banyak bahan api, lebih sakanlah pembakaran lemak. Tetapi, apa-apa pun, kena juga seimbang, supaya tidak membebani badan.
  • Protein merupakan komponen utama dalam pembentukan dan pemulihan otot terutama semasa dan selepas bersukan, senaman ataupun aktiviti fizikal.

Protein juga secara asasnya adalah sebatian kedua terbanyak di dalam badan selepas air. Protein merupakan komponen utama dalam benda hidup. Ia membentuk struktur asas dalam setiap sel hidup, termasuklah hormon, enzim dan antibodi. Selain daripada itu, protein juga terlibat dalam kebanyakan interaksi metabolsme.

Protein amat penting untuk tumbesaran dan pemulihan. Juga penting untuk pemeliharaan otot, tisu, rambut, kuku dan banyak lagi. Selain daripada itu, protein adalah sumber tenaga iait setiam 1 gram protein akan membekalkan 4 kilo kalori. Kalori penting untuk memberikan tenaga kepada kita. Cuma AWAS! Jangan terlebih kalori, nanti berat badan akan berlebihan. Yang penting, pengambilan kalori setiap hari mestilah bersesuaian dengan apa kativiti seharian kita.

Protein juga amat diperlukan untuk fungsi badan, kecergasan dan kesejahteraan kesihatan. Oleh kerana itu, amat penting untuk kita memilih sumber protein yang baik untuk badan kita.

Jadi, you all boleh nampak kan, bagaimana sumber protein sebenarnya memainkan peranan yang penting untuk dalam pengurangan berat badan yang berlebihan. Jadi, Shake Me Cocoa ini adalah antara protein drink yang terbaik untuk you all masukkan dalam diet you all. Kenapa yang terbaik? Sebab Shake Me Cocoa menerapkan konsep 3M, iaitu:

  • Mineral
  • Metabolism
  • Maintenance (Pemeliharaan)

Kelebihan kandungan utama Shake Me Cocoa

Protein Pekat Berkualiti Tinggi

  • Kaya protein yang membekalkan 11g protein dalam setiap hidangan.
  • US Food And Drug Administration (US FDA) mencadangkan pengambilan 25g protein soya sehari untuk membantu menurunkan kolesterol darah.
  • Protein lengkap dan berkhasiat Shake Me Cocoa dibekalkan oleh protein soya, protein whey dan protein soya terasing.
  • Khasiat yang lengkap, iaitu mengandungi 9 asid amino penting yang tidak boleh disintesiskan oleh badan tetapi mesti diambil daripada sumber makanan.
  • Protein membantu untuk membina dan memulihkan sel. Termasuklah otot, tisu, rambut, kulit, kuku dan lain-lain.
  • Protein membentuk antibodi, enzim dan hormon yang penting untuk tidakbalas metabolisme dalam badan.
  • Protein mengandungi ‘branched-chan amino acid’ (BCAA). BCAA adalah sekumpulan asid amino yang penting, iaitu ‘leucine’, ‘isoleucine’ dan ‘valine’.
  • BCAA memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga semasa bersenam, pembentukan otot, pengurangan otot letih dan pengekalan jisim otot.
  • BCAA juga penting untuk pengurusan berat badan yang sihat, kerana ia menghalang kehilangan otot. Terutamanya, ketika penurunan berat badan yang intensif. Jisim otot yang kurang lemak akan membantu meningkatkan kadar metabolisme dan membakar lemak lebih cepat.
  • Protein yang berkualiti ini merupakan konsep pemeliharaan yang diterapkan dalam penghasilan Shake Me Cocoa.

Garnicia Cambogia Asli

  • Garcinia cambogia, merupakan salah satu buah-buahn tropika yang turut dikenal sebagai ‘Malabar tamarind’.
  • Garnicia cambogia mengandungi bahan aktif Asid Hidroxicitrik (HCA), yang sangat dikenali kerana keberkesanannya dalam menurunkan berat badan dan meningkatkan metabolisme.
  • HCA bertindak sebagai penyekat lemak yang berkesan. Ia menghalang kalori daripada disimpan sebagai lemak dalam badan. HCA membantu menukarkan kalori kepada glikogen, iaitu bahan yang penting dalam pembentukan otot.
  • HCA menghalang enzim yang dipanggil ‘citrate lyase’. Enzim ini digunakan untuk penghasilan lemak dalam badan kita.
  • HCA juga membantu untuk meningkatkan metabolisme dan menggalakkan penghasilan tenaga yang berkesan untuk badan lebih cergas sepanjang hari.
  • HCA juga meningkatkan levels of the brain chemical serotonin, yang akan menyebabkan kita berasa kurang lapar dan kurang selera makan. Ini membantu untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian makan berlebihan. Sesuai untuk you all untuk mengawal pengambilan kalori dengan lebih berkesan semasa proses penurunan berat badan.
  • Garcinia cambogia juga membantu untuk menurunkan kadar insulin dalam badan. Kadar gula dalam darah juga sebenarnya antara faktor utama dalam pengawalan berat badan. Cuma, jika you all adalah pesakit kencing manis yang sedang mengambil ubat doktor untuk mengawal kadar gula dalam darah you all, tidak disarankan untuk mengambil Shake Me Cocoa. Kerana dikhuatiri pengambilan garcinia cambogia bersama dengan ubat doktor akan menyebabkan kadar gula dalam darah terlampau rendah. Namun, jika you all tidak mengambil sebarang ubat doktor yang berkaitan dengan kencing manis untuk mengawal kadar gula dalam darah, Insya Allah, you all boleh mengamalkan Shake Me Cocoa. Yang penting, sentiasa consult dengan doktor telerbih dahulu, ya.
  • Garcinia cambogia juga mengawal baik kadar kolesterol, dengan menurunkan triglycerides and LDL (kolesterol jahat) dan menaikkan HDL (kolesterol baik). Cuma, seperti sama di atas, jika you all sedang dalam pengambilan ubat doktor untuk mengawal kadar kolsterol dalam badan you all, tidak disarankan untuk mengambil Shake Me Cocoa. Jika you all tidak mengambil sebarang ubat, Insya Allah, you all boleh mengamalkan Shake Me Cocoa ini. Yang penting, sentiasa consult dengan doktor telerbih dahulu, ya.
  • Garcinia cambogia ini merupakan konsep metabolisme yang diterapkan dalam penghasilan Shake Me Cocoa.

Kaya Serat Makanan (Rich Fibre)

  • Shake Me Cocoa mengandungi inulin, iaitu sejenis serat yang boleh larut, tetapi tidak boleh dihadamkan oleh usus kita.
  • Kaya serat ini membuatkan perut anda berasa kenyang lebih lama. Jadi, sesuai lah untuk yang memang dalam proses untuk diet.
  • Inulin menggalakkan penurunan berat badan secara sihat kerana ia mengurangkan ‘hormon lapar’ dan membuatkan perut berasa kenyang.
  • Inulin tidak boleh dihadamkan atau diserapkan oleh perut ataupun usus kecil. Ia akan beredar terus ke usus bawah di mana bakteria mudah membiak. Inulin akan bertindak sebagai prebiotik ataupun sumber makanan kepada bakteria baik di dalam usus. Bakteria baik ini akan membaik pulih kesihatan fungsi usus.
  • Inulin membantu meningkatkan penghadaman, merangsang pembiakan bakteria baik dalam usus, menggalakkan pelawasan (lebih senang untuk membuang air / proses detoks) dan melegakan sembelit.
  • Inulin juga mengurangkan kadar penghasilan lemak dalam badan.
  • Inulin juga mengawal kadar gula dalam darah.

Serbuk Koko Premium

  • Coklat adalah kaya dengan asid stearik dan antioksidan flavonoids.
  • Membantu menggalakkan kesihatan jantung dan mengurangkan lemak viseral, iaitu lemak badan yang disimpan dalam kaviti abdomen yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kesihatan.
  • Mengawal baik kadar ‘nitric oxide’ di dalam darah, di mana ia meningkatkan fungsi saluran darah (perjalanan darah lebih lancar) dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Membantu untuk mengawal kadar gula dalam darah.

Garam Buluh

  • Shake Me Cocoa diperkaya dengan 100% Garam Buluh asli dari Korea. Garam Buluh ini mengandungi banyak mineral dan mikroelemen termasuk kasium, magnesium dan potasium.
  • Kalau you all ingin membaca apa kebaikan Garam Buluh, boleh pergi baca di sini. Mama ada ceritakan dengan lanjut bagaimana penghasilan Garam Buluh dan kebaikan Garam Buluh.

Campuran Vitamin Dan Mineral

  • Shake Me Cocoa diperkaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan elemen surih dari Amerika Syarikat.
  • Vitamin-vitamin B termasuklah Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7 dan B12 yang membantu untuk meningkatkan metabolisme dan menjadikan badan lebih cergas sepanjang hari.
  • Diperkaya dengan Vitamin A, C, D, E, K, Kalsium, Magnesium, Zat Besi, Fosforus, Kromium, Tembaga, Selenium, Mangan, Iodin, Molybdenum yang membekalkan vitamin-vitamin penting, mineral dan elemen surih. Ini membantu untuk meningkatkan lagi kadar metabolisme dan pengekalan kesihatan yang baik.

Khasiat Shake Me Cocoa secara ringkas:

  • Hanya 97 kilo kalori dalam setiap hidangan.
  • Kaya protein.
  • Kaya serat makanan.
  • Kaya magnesium.
  • Sumber kalsium.
  • Kaya Vitamin B12.
  • Kaya Vitamin C.
  • Tiada gula tambahan.
  • Tiada kolesterol.
  • Tiada lemak trans.
  • Tiada bahan pengawet.
  • Tiada pewarna tiruan.
  • Tanpa fruktos.

Siapa yang sesuai untuk mengamalkan Shake Me Cocoa?

  • Golongan orang dewasa yang bekerja.
  • Golongan vegetarian.
  • Mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan.
  • Kanak-kanak yang sedang membesar.
  • Golongan remaja.
  • Warga emas.

Cara pengambilan:

  1. Campurkan 1 sachet Shake Me Cocoa ke dalam 200ml air.
  2. Elakkan daripada menggunakan air panas. Sebaik-baiknya adalah air kosong pada suhu bilik.
  3. Goncang sehingga sebati dan minum dengan segera. Untuk memudahkah cara, you all boleh bancuh dalam shaker. Dan goncang dalam shaker. Memang mudah.

Seperti yang you all baca di atas, Shake Me Cocoa ini adalah minuman protein. Jadi, you all boleh amalkan Shake Me Cocoa ini pada waktu pagi dan juga pada waktu makan malam untuk mengurangkan selera makan yang membuak-buak.

Di bawah ini, Mama kongsikan beberapa tips pemakanan sihat untuk sesiapa yang hendak mengurangkan berat badan. Ala-ala macam jadual untuk mengamalkan Shake Me Cocoa. You all boleh follow, ataupun ambil beberapa tips daripada sini, and cuba amalkan yang mana sesuai dengan you all.

Sarapan pagi:

  • Minum 1 gelas air suam (lebih kurang 200ml) untuk merangsang aktiviti usus dan pencernaan. Biasakan diri untuk mengamalkan pengambilan air suam sepanjang hari, supaya badan tidak terlampau kering, dan untuk proses detoks.
  • Bancuh 2 sachet Shake Me Cocoa sebagai hidangan sarapan anda. Jika you all merasakan 1 sachet pun sudah menjadikan perut you all penuh, so, boleh ambil 1 sachet. Insya Allah 2 sachet Shake Me Cocoa sebagai permulaan waktu pagi you all, akan membuatkan badan you all lebih cergas and tidak mudah berasa letih.

Minum pagi (selalunya waktu di antara 10.00 pagi ~ 11.00 pagi):

Kebiasaanya, jika kita baru bermula untuk menjaga pemakanan, kebiasaannya, oerut kita akan mudah berasa lapar. Lagi-lagi, kalau kita yang jenis memang makan banyak sebelum ini.

So, kalau you all jenis berasa lapar ketika waktu ini, walaupun sudah bancuh 2 sachet Shake Me Cocoa, jangan risau. Kita cuma perlu latih kembali perut kita secara perlahan-lahan, dengan membiasakan diri melalui penjagaan pemakanan. So, kalau waktu ini you all berasa lapar, berikut adalah beberapa cadangan hidangan yang you all boleh ambil, untuk mengurangkan rasa lapar. Yang penting di sini, pilih salah satu sahaja, ya…:)

  • Secawan kopi atau teh. Ketika ini, you all boleh bancuh our famous Min Kaffe (untuk peminat kopi), ataupun bancuh Min Cha (untuk peminat teh tarik). Kedua-dua minuman ini adalah baik untuk sesiapa yang dalam proses untuk diet, kerana boleh juga membantu untuk proses detoks, dan menjadikan perut kenyang lebih lama.
  • 2 keping biskut tinggi bijirin dan serat. Ataupun, you all boleh amalkan Biskut Coklat Cip Min Kaffe.
  • Telur rebus.
  • Snek yang rendah kalori.
  • Buah-buahan seperti epal, anggur dan sebagainya.

Yang penting, you all elakkan minuman berkabornat, jus buahan yang dipaket atau diproses dan juga minuman bergula.

Makan tengahari:

Pastikan sebelum makan, you all amalkan pengambilan 1 gelas air suam. Untuk mengurangkan rasa lapar, dan membuatkan you all tidak makan secara melantak…:)

Amalkan palm / fist methods (tapak dan genggaman tangan).

  • 1 genggaman tangan atau lebih untuk jenis sayur-sayuran berasaskan karbohidrat seperti ubi kentang dan sayur-sayuran hijau.
  • Kurang daripada 1 telapak tangan untuk protein seperti ikan, ayam tanpa kulit, daging dan kekacang.
  • Setengah genggaman tangan ialah nasi / jenis mee. Elakkan nasi lemak atau nasi goreng.
  • Elakkan masakan bergoreng.

Minum petang:

Kalau waktu ini you all berasa lapar, berikut adalah beberapa cadangan hidangan yang you all boleh ambil, untuk mengurangkan rasa lapar. Yang penting di sini, pilih salah satu sahaja, ya…:) (Menu lebih kurang sama dengan menu minum pagi).

  • Secawan kopi atau teh. Ketika ini, you all boleh bancuh our famous Min Kaffe (untuk peminat kopi), ataupun bancuh Min Cha (untuk peminat teh tarik). Kedua-dua minuman ini adalah baik untuk sesiapa yang dalam proses untuk diet, kerana boleh juga membantu untuk proses detoks, dan menjadikan perut kenyang lebih lama.
  • 2 keping biskut tinggi bijirin dan serat. Ataupun, you all boleh amalkan Biskut Coklat Cip Min Kaffe.
  • Telur rebus.
  • Snek yang rendah kalori.
  • Buah-buahan seperti epal, anggur dan sebagainya.

Yang penting, you all elakkan minuman berkabornat, jus buahan yang dipaket atau diproses dan juga minuman bergula.

Makan malam:

Pilihan 1:

Bancuh 2 sachet Shake Me Cocoa untuk menggantikan makan malam you all.

Pilihan 2

Gunakan palm / fist method (genggaman dan telapak tangan) untuk makan malam you all.

  • 1 genggam sayur-sayuran.
  • 1 telapak tangan ikan kukus dan ayam tidak berkulit.
  • Dicadangkan untuk tidak mengambil nasi dan juga makanan berkanji.

Yang penting, makan malam you all mestilah di ambil sebelum jam 8.30 malam. Dan kurangkan pengambilan makanan pada waktu malam, kerana kebiasaannya kita akan tidur pada waktu malam. Jadi, memang kita menggunakan tenaga yang kurang, Jadi, kalau makan pun, biarlah ala kadar, sekadar untuk mengalas perut. Bukannya melantak, ya…^^;;

Dan, amalkan masuk tidur awal. Sebab kalau kita tidur lewat, kita lebih cenderung untuk makan lebih banyak.

Harga sekotak Shake Me Cocoa adalah RM118.00 termasuk postage untuk Semenanjung Malaysia.

Sekotak Shake Me Cocoa mengandungi 20 sachet. 1 sachet mengandungi 27g.

Untuk Sabah dan Sarawak, harga sekotak Shake Me Cocoa adalah RM128.00 termasuk postage.

Sedikit peringatan. Sebaik-baiknya, jika you all membeli Shake Me Cocoa dengan agent lain, dapatkan khidmat nasihat daripada agent yang you all berurus niaga. Buat masa sekarang, Mama hanya memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan yang berurus niaga dengan Mama.

Terima kasih kerana memahami…:)

Untuk pembelian Shake Me Cocoa, you all boleh contact Mama at: +6 019 – 4419180 (Izyan). Link untuk terus direct WhatsApp Mama: http://www.wasap.my/60194419180