The Simplest Recipe Of Apple Pie

Apple PieOkey, ramai orang tanyer Mama pasal resepi apple pie yang Mama buat baru-baru nie…:) Dalam Facebook la kan…:) Hehehe…:D Simple sangat resepi apple pie nie, In fact, banyak-banyak resepi yang Mama ingat, resepi apple pie nie jer yang paling senang nak ingat. sebab bahan tak banyak maner pon. And then, sumer gaul kalik jer. Okey, jom kiter tengok resepi and camner nak buat yer…:)

Resepi Apple Pie Versi Mama…:)

Bahan-bahan:

Untuk jem apple:

  1. Apple hijau 5 biji / 6 biji. (Depends on size, kalau size besar, 5 biji dah cukup, kalau size kecil, kena pakai 6 biji.)
  2. Gula
  3. Bunga cengkih

Untuk pai:

  1. 12 oz tepung gandum biasa
  2. 6 oz butter
  3. Minyak sapi
  4. 2 biji telur. (Asingkan telur putih and telur kuning.)

Okey, first of all, Mama memang pakai sukatan oz, kalau sukatan gram, memang Mama tak tau. So, kalau boleh carik penimbang yang ader oz, and make sure julat / scale dier kecik, so that, senang korang nak timbang.

Cara-cara nak buat:

Untuk jem:

  1. Buang kulit apple hijau tue. And then, potong kecik-kecik apple hijau tue. Tak kisah la bentuk camne rpon, janji kecik, sebab senang nak rebus and lenyek nanti. Make sure biji apple sumer dah buang yer.
  2. Basuh dengan air and then masukkan apple hijau yang telah dipotong ke dalam kuali. Isikan air cam nak rebus tue, tapi jangan banyak sangat, sebab nanti takut jem cair la plak kan.
  3. Bukak api, then, rebus. Sambil-sambil tue lenyekkan apple tue dengan pelenyek tue.
  4. Sambil rebus, sambil lenyek, sampai la dah lenyek betul-betul. Memang ruper macam jem la.
  5. After dah half lenyek, masukkan gula satu sudu and bunga cengkih. After dah lenyek abis-abis, kacau buggy sebati yer. Then, tutup api, buggy jem tue sejuk. Jem apple pie you all dah siap.

Untuk pai:

  1. Gaulkan tepung, butter and telur kuning dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak sapi for a few seconds. Sebab kiter nak pakai minyak tue.
  3. Maser you all gaul adunan tadi, mesti you all akan nampak yang doh tue dok melekat kat tangan you all and not really menjadi satu doh kan? So, kat sinie peranan minyak sapi. Masukkan satu sudu minyak sapi ke dalam adunan tadi and gaulkan. Selagi doh tue melekat kat tangan you all, selagi doh tue tak bercantum menjadi satu adunan yang gebu dan mulus, selagi tue you all masukkan minyak sapi satu sudu demi satu sudu. Tapi, awas, kalau boleh jangan terlebih minyal sapi, takut nanti after dah masak apple pie tue, doh dier akan jadik terlebih rapuh…:) So, sambil gaul sambil masukkan minyak sapi. Jangan masukkan minyak sapi, lepas tue tak gaul.

Time to bake:

  1. After dah menjadi satu adunan yang dah bercantum dan tak melekat kat tangan you all, asingkan 1/3 daripada doh tue untuk buat topping. Masukkan 2/3 doh tue ke dalam bekas untuk dibakar di dalam oven. Maser nie dah boleh bukak oven, and panaskan oven dalam suhu 170 degrees Celcius. Hanya panaskan bawah sahaja yer, sebab apple pie nie pembakaran daripada bawah sahaja bukan seluruh oven tue.
  2. Ratakan doh ke dalam bekas tue. After that, letak jem yang you all buat awal-awal tadik dan ratakan jem atas doh tue. Maser masukkan jem tue, you all boleh buang bunga cengkih dalam jem tue yer.
  3. Okey, topping part. Untuk topping nie, ikut suker you all nak buat hiasan camner pon. Ambil 1/3 doh yang you all asingkan and buat la hiasan sesuker hati mak bapak you all untuk letak atas jem tue.
  4. After dah siap topping, ambil telur putih yang you all asingkan tue, and sapu atas topping tue.
  5. After dah siap sapu, time untuk masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan tue. Bakar dalam 45 minit to 1 hour, sambil-sambil tue check doh dah keras atau belum. Jangan terlebih bakar sudah.
  6. Should be, after 1 hour apple pie dah siap. Cuber you all cucuk doh tue, adakah terlampau lembut atau keras. It should be tengah-tengah.
  7. Dah siap. So, you all boleh makan apple pie you all.

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...