Telekung Ajraa Untuk Kanak-Kanak

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

Alhamdulillah, syukur…:)

Mama ingin bertanya, ada tak mommies di luar sana yang sedang mencari telekung kanak-kanak yang berkualiti, pada harga yang berpatutan? Insya Allah, dalam entry ini, Mama ingin berkongsi dengan you all satu jenama telekung kanak-kanak yang bagi Mama, memang berkualiti. tetapi, harganya, Alhamdulillah, tidaklah membebankan poket ibu bapa.

Biasa dengar jenama Telekung Ajraa?

Telekung Ajraa adalah jenama untuk telekung kanak-kanak di mana, fabriknya adalah dari jenis 100% cotton yang tidak panas dan sangat selesa.

Mama sendiri memang belikan satu pasang Telekung Ajraa untuk anak perempuan Mama, Inas Lutfiyah. Memang selesa sangat untuk Inas. Paling Mama suka tentang Telekung Ajraa ini, ia mudah dibasuh (dengan hanya masukkan dalam mesin basuh). Dan selepas dibasuh dan dikeringkan, walaupun ia akan kedut sekejap, tetapi, lama-kelamaan, kedutan itu akan hilang. Tidak perlu susah-susah untuk iron telekung tersebut.

Of course, Mama mesti dapatkan Telekung Ajraa dalam warna pink…:)

Dan yang pastinya, Telekung Ajraa ini akan sentiasa kekal ukurannya, tidak akan berubah bentuk, tidak mudah stretch walaupun setelah dicuci di dalam mesin basuh berulang kali. Even warna pun tetap kekal walaupun banyak kali basuh telekung ini dalam mesin basuh. Alhamdulillah, bagi Mama, Telekung Ajraa ini memang satu jenama telekung kanak-kanak yang berkualiti tinggi.

Jahitan yang kemas.

Telekung Ajraa ini didatangkan dalam 3 warna, iaitu:

Soft purple

Pink

White

Setiap telekung ini didatangkan dalam 4 saiz yang berlainan, iaitu:

  • S untuk yang berumur 1 hingga 3 tahun.
  • M untuk yang berumur 4 hingga 6 tahun.
  • L untuk yang berumur 7 hingga 9 tahun.
  • XL untuk yang berumur 10 hingga 12 tahun.

Harga untuk satu Telekung Ajraa adalah RM65. Postage untuk Semenanjung Malaysia adalah RM8.00 dan postage untuk Sabah dan Sarawak adalah RM10.00.

Kan Mama sudah beritahu, harganya sangat berpatutan. Tidak membebankan poket ibu bapa masing-masing. Insya Allah, Telekung Ajraa ini boleh bertahan untuk satu jangka masa yang agak lama untuk anak perempuan you all.

Bagi yang berminta untuk mendapatkan Telekung Ajraa untuk si manja you all, you all boleh contact Mama at: +6 019 – 4419180 (Izyan), or you can always email me at: lea4016@yahoo.com / lea4016@gmail.com.

Link untuk terus direct WhatsApp Mama: http://www.wasap.my/60194419180

Dapatkan satu Telekung Ajraa untuk si manja you all. Biasakan si manja kita untuk belajar tentang agama Islam, dan tanamkan minat mereka untuk mendalami agama Islam. Mulakan dengan menghadiahkan satu Telekung Ajraa untuk si manja you all.

Semoga dengan permulaan dengan pemakaian Telekung Ajraa ini, membolehkan permulaan untuk si manja you all minat untuk solat, dan minat untuk mendalami agama Islam.

Aamiin.