Tips Untuk Kekal Lama Dalam Perniagaan

Alhamdulillah, syukur…:)

Peluang Perniagaan Bersama Top Leaders CircleFinally, Mama dapat juga sit down and write another entry, berkait rapat dengan business Mama. Alhamdulillah, Mama sendiri hampir tidak percaya, Mama dapat bertahan selama 6 tahun dalam business ini.

Sepanjang Mama buat business ini, antara soalan yang agak famous Mama terima adalah, bagaimana Mama masih boleh bertahan lama dalam business ini. Ramai kawan-kawan seperjuangan, seangkatan dengan Mama, atau kenalan-kenalan kepada clients yang Mama jumpa, yang mana pernah buat business ini dahulu, sudahpun berhenti, atau tidak lagi aktif dalam business ini. And bila Mama sebut Mama sudah 6 tahun buat business ini, memang kebanyakannya akan terbeliak biji mata. That long, huh?

Macam Mama cakap sebentar tadi, Mama sendiri hampir tidak percaya yang Mama sendiri sudah berkecimpung dalam bidang ini selama 6 tahun. Allahu, kalau hendak cakap about minat, Mama langsung tidak minat dengan business. Mama lebih kepada suka stay di rumah sahaja. Malas hendak keluar rumah, berjumpa dengan orang. Memang berbeza sangat apa yang Mama suka, dan apa yang business ini memerlukan Mama buat.

Ada yang tanya Mama, bagaimana Mama masih boleh bertahan? Ada tips? Allahu, sebenarnya Mama tiada tips pun. Apa yang Mama buat, hanyalah apa yang mentor Mama pernah ajar dahulu. Mama teruskan sahaja.

Cuma di sini, untuk entry ini, Mama akan berkongsi, bagaimana untuk kekal lama dalam sesuatu perniagaan. Bagi Mama, selama 6 tahun buat business yang sama, untuk memulakan sesuatu perniagaan bukanlah susah mana pun. Sesiapa sahaja boleh mula berniaga. Tapi, untuk kekal lama, untuk sentiasa high spirited, untuk sentiasa bersemangat waja, bertahun-tahun lamanya, itu yang payah. Memang ramai tidak mampu untuk bertahan lama. Ada yang dalam masa 6 tahun, bertukar macam-macam business.

So, di sini, let me just share my own experiences. Tips untuk sentiasa kekal lama dalam perniagaan.

Wajib ada impian. Kerana sebenarnya, impian inilah yang menggerakkan kita. Mama pernah dengar satu quote, “If your dream doesn’t scare you, it isn’t big enough.” True. Berimpian lah tinggi, sebab kalau impian kita senang untuk dicapai, mungkin kita langsung tidak menghargai kejayaan tersebut. My mentor pernah berkata, “Letaklah impian kita setinggi langit, kelak kalau ia jatuh, ia akan jatuh di puncak gunung. Jangan letak impian kita di puncak bukit, kelak ia jatuh di aliran sungai.” Rasanya it’s a quote from somebody famous, but, Mama tidak sure quote siapa. Mendalam kan maksud quote tersebut? Berimpian kena besar. Hendak berimpian apa? Terpulang. Mama pasti masing-masing ada impian masing-masing kan?

Niatlah kerana Allah. Mungkin ada antara kita yang memulakan perniagaan kerana hendak bantu ibu dan ayah mereka, ada yang hendak bawa parents pergi menunaikan Umrah dan Haji. Alhamdulillah. Niat yang sangat murni. Semoga dipermudahkan. Apa-apa yang kita buat, adalah kerana Allah, dan sentiasa buat apa yang Allah suka. Cari keredhaan melalui business, kerana Allahu, memang nikmat rezeki itu akan jadi sangat besar. Tiada had. Tiada sempadan. Insya Allah, kalau apa-apa perbuatan kita, sentiasa dipasakkan kerana Allah, hati kita akan lebih tenang. Datang ujian sekalipun, kita akan lebih sabar. Hati akan lebih kental. Jiwa akan lebih kuat. Kita pun tidak akan mudah mengalah.

Memetik kata-kata dari Buku ‘Bisnes Cara Kami’, business seharusnya mendekatkan diri kita dengan Allah. Insya Allah, hati makin dekat dengan Allah, kerana, pergantungan kita terhadap Allah makin kuat.

Cari ilmu. Alhamdulillah, sepanjang 6 tahun Mama ber business Premium Beautiful di bawah Top Leaders Circle, ilmu sentiasa disediakan secara percuma. Saban minggu. Subhanallah. Mentor-mentor otai yang sudah ber business lebih dari 10 tahun, langsung tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dalam business yang sama. Bagaimana untuk capai kejayaan. Bagaimana untuk bertindak. Subhanallah, satu persatu mereka kongsi. Semoga Allah sentiasa merahmati mentor-mentor kami yang bertungkus lumus untuk sentiasa memberikan yang terbaik buat rakan-rakan kongsi mereka.

Ilmu wajib kena ada. Hendak berniaga, tiada ilmu, memang business akan jadi ke laut. Mentor perniagaan ramai di luar sana. Pilih yang sesuai dengan business you all. Indahnya business ini, datang sekali pakej mentoring percuma. Alhamdulillah.

Sudah ada ilmu, wajib kena bertindak. Hari-hari kena bertindak. Konsisten. Biar lambat, asal sampai. Biar sedikit, asalkan hari-hari. Bukannya banyak, tapi sekali itu sahaja. Kita hendak berniaga lama. Bukan sekejap-kejap. Hendak bina nama, mengambil masa. Hendak bagi orang lain percaya kepada kita, ambil masa. Kalau baru berniaga 6 bulan, jangan cepat melatah kalau masih belum ada customer. Sabar. Ingat balik impian kita. Ingat balik niat kita.

Ada hari kita akan dapat sales. Ada hari kita tiada sales langsung. Bersyukurlah. Bersyukurlah kerana Allah bagi kita nikmat tenaga untuk kita terus berusaha. Bersyukurlah kerana Allah uji kita saat kita tiada sales langsung. Saat kita senang akan diuji, dan saat kita susah ditimpa pelbagai ujian, akan lebih diuji. Yang penting, hati kita ingat Allah. Jangan lalai apabila senang. My mentor pernah pesan, sabar sebelum syabas. Alhamdulillah.

Jangan give up ketika bertindak. Kalau berhadapan dengan rejection, sabar. Teruskan. Even myself pun, ada saat akan sentiasa diuji dengan rejection. Sudah sampai tahap macam ini pun, tetap akan berhadapan dengan rejection. Rejection itu yang akan mematangkan kita. Yang akan memberikan pengalaman baru. Sebab itu, orang yang berniaga lama ini, memang lebih matang, walaupun umurnya muda.

Setiasa ambil peluang untuk upgrade ilmu. Jangan stay di sesuatu level pada jangka masa yang lama. Kalau sebelum ini kita bermula sebagai agent dropship, cepat-cepat ubah title kita kepada usahawan / stokis. Sentiasa upgrade ilmu, bukan untuk sesiapa, untuk diri sendiri juga. Indahnya ber business, apabila ilmu sentiasa kita top up dari semasa ke semasa.

Salah satu penyebab kenapa Mama boleh bertahan lama dalam business ini, kerana Mama masih ada mentor yang sentiasa prihatin dengan perkembangan business Mama. Penting untuk ada mentor yang sentiasa monitor pergerakan kita dalam business. Sebab itu Mama suka buat business, walaupun pada asalnya, hakikatnya, Mama tidak suka kepada business. Kerana mentor Mama inilah yang sentiasa menggerakkan Mama. Yang sentiasa mengingatkan Mama, business ini bukan untuk diri kita sahaja, tapi untuk rakan-rakan kongsi kita yang lain. Kalau kita give up begitu sahaja, apa akan jadi pada rakan-rakan kongsi yang percaya kepada kita?

Secara personal, Mama tidak sanggup untuk berhenti begitu sahaja, and menganiayai rakan-rakan kongsi Mama yang masih bergerak aktif di dalam business ini. Apa-apa situasi yang datang, itulah ujian Allah. Untuk berhenti tanpa sebab yang kukuh, Allahu. Mama sering berdoa untuk sentiasa diberi kekuatan untuk terus bantu rakan-rakan kongsi Mama yang masih perlukan khidmat Mama. Biar kita dianayai, jangan kita menganiayai. Kasihan mereka yang meletakkan kepercayaan mereka kepada kita.

Itu adalah beberapa tips Mama, bagaimana untuk terus kekal lama dalam business. Selebihnya, Mama banyak berserah kepada Allah. Allah Lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Ramainya, yang give up half way, akan cakap, “Business ini bukan untuk saya, bukan rezeki saya,” Siapa kita untuk tentukan rezeki kita? Allah yang tentukan rezeki kita. Allah yang akan bukakan pintu hati customers buat kita. Berdoalah biar Allah bagi kekuatan untuk kita kuat untuk mengharungi onak dan ranjau dalam business ini.

Kita adalah sebaik-baik ciptaan Allah. Setiap manusia pasti ada potensi. Beri kita peluang. Beri kita masa. Memang Allah sukakan pada hamba-Nya yang sentiasa tidak putus asa, yang sentiasa berdoa pada-Nya. Usahalah sungguh-sungguh.

Semoga tips dan pengalaman yang tidak seberapa ini, akan memberi sedikit inspirasi buat yang mahu memulakan perniagaan, yang sedang berniaga, dan yang sudah mahu hampir give up. Mama bukannya hebat pun, kerana apa yang Mama ada pun, hanyalah pinjaman sementara dari Allah. Allah hendak tarik, bila-bila masa pun boleh. Tetapi kita, jangan sesekali give up. Jangan sesekali putus asa,

Semoga bermanfaat untuk semua.

Aktiviti Bersama PBAngelsUntuk yang berminat untuk menyertai business bersama-sama dengan kami, sangat-sangat Mama alu-alukan. Boleh contact Mama at: 019-4419180 (Izyan), or you can always email me at: lea4016@yahoo.com / lea4016@gmail.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *