Trip To Bukit Merah Laketown

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

Alhamdulillah, syukur…:) Finally, Mama ada masa untuk duduk and update this blog. Anyway, since sekarang ini adalah musim cuti sekolah, Mama ingin update satu lagi entry (tertunggak ^^;;) untuk sesiapa yang ingin jalan cuti-cuti di dalam Malaysia.

Pada 20hb January 2018, Mama sekeluarga pergi bercuti (short vacation) di Bukit Merah Laketown yang terletak di Semanggol, Perak. Kami cuma bermalam hanya untuk satu malam sahaja. Sebenarnya, tempat kerja Ayah mengadakan family day every year. And untuk this year, it has been decided untuk mengadakan family day di Bukit Merah Laketown. So, sambil-sambil itu, boleh lah Mama bercuti juga…:)

Alhamdulillah, dapat juga kami bawa Syahir dan Inas pergi berjalan-jalan dan bercuti. Walaupun untuk satu malam.

Sambil tunggu untuk check in masuk bilik terlebih dahulu.

Alhamdulillah, kami sudah pun check in masuk bilik hotel kami. Personally, for me, bilik okey. Bilik air pun so-so sahaja. Katil selesa. So, bagi Mama, memang okey sahaja. Walaupun bukan the best, tetapi masih selesa untuk kami bermalam…:)

Anyway, Mama attach kan sekali room rates, packages dan beberapa harga lain yang available di Bukit Merah Laketown Resort ini sebagai rujukan you all. Cuma, harga yang Mama paparkan ini adalah based on pada January 2018. I don’t know whether harga-harga ini akan berubah ini the future atau tidak.

Aktiviti-aktiviti yang available di Bukit Merah Laketown Resot.

Harga tiket untuk masuk ke dalam Water Theme Park.

Room rates untuk bilik-bilik di Bukit Merah Laketown Resort.

So, untuk sesiapa yang ingin ke bercuti ke Bukit Merah Laketown Resort, boleh lah buat simple financial planning daripada sekarang…:)

Di belakang Mama ini, adalah kawasan Kampung Air. You all boleh check out the room rates in the previous pictures. Some of these rooms berharga RM2,000++ for one night. But, it does look so beautiful from the outside.

On the first day kami sampai, aktiviti kami pergi melawat Ecopark and family dinner di dalam Laketown. Mama langsung tidak mengambil sebarang gambar in the Ecopark. In the Ecopark, ala-ala macam mini zoo. Ada a few animals yang you all boleh lihat, cuma tidak boleh pegang. So, boleh lah untuk kanak-kanak enjoy…:)

Dinner di dalam kawasan Laketown.

After the dinner, kami pulang ke bilik masing-masing. The next day’s activity adalah bermain sepuas-puasnya di dalam Water Theme Park…:)

That morning, kami bersarapan di dalam kawasan Laketown. Sempat juga untuk berjalan-jalan di kawasan sekitarnya. Anyway, this jambatan kecil adalah jeti untuk menaiki bot, untuk menuju ke Pulau Orang Utan. Untuk information berkaitan Pulau Orang Utan ini, mungkin you all boleh Google a bit about it.

Syahir dan Inas sempat lagi membina persahabatan baru…:)

Selepas breakfast, kami pulang ke bilik untuk berkemas dan check out. Selepas check out, kami menuju ke Water Theme Park untuk final activity sebelum bertolak pulang.

Ada pelbagai aktiviti sebenarnya di dalam Water Theme Park. Cuma, kebanyakan kami adalah keluarga yang mempunyai anak-anak kecil, jadi memang kami hanya bertumpu di kawasan kolam renang yang besar ini. Sebab, senang untuk monitor.

Anyway, selepas bermain sepuas-puasnya di dalam Water Theme Park ini, kami bersiap-siap dan bertolak pulang ke rumah. Overall, walaupun percutian ini kali ini agak simple dan hanya satu malam sahaja, dapat juga Mama rehatkan minda Mama dan bercuti dari segala dari buat kerja rumah…:)

Bagi Mama, percutian ke Bukit Merah Laketown Resort ini sesuai untuk yang inginkan percutian yang simple. Cuma, Mama ingin pesan, bila sudah naik ke atas bukit menuju ke Bukit Merah Laketown ini, memang tidak ada gerai makanan / minuman. So, sebelum you all naik, boleh beli siap-siap makanan untuk mengunyah (seperti biscuits, chocolates) and soft drinks / mineral waters siap-siap. Jangan lupa juga bawa ubat-ubatan yang perlu seperti panadol dan sebagainya.

So, setakat itu sahaja daripada Mama. Semoga you all enjoy and mungkin dapat sedikit info daripada entry ini. Jumpa di next entry…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *