Trip To Pulau Pangkor

“Once a year, go somewhere you’ve never been before.” ~ The Dalai Lama

Oh well, based on the title, it’s not my first time going to Pulau Pangkor. It’s my second time. But, my first time going there was a long time ago. Ketika Mama masih lagi muda remaja. So, this is my first time going to Pulau Pangkor with my family.

Mama agak lama juga tidak pergi bercuti ke pantai. And memang Mama minta pada Ayah untuk bawa Mama jalan-jalan pergi pantai. Teringin sangat. At first, we all plan untuk hendak pergi berjalan di area pantai timur. Last sekali, all of my family members (my parents and my siblings) decided hendak pergi berjalan juga. So, we all decided untuk pergi Pulau Pangkor. Since, hendak pergi pantai timur agak jauh untuk we all . Maybe next year…^______^

Day 1

We all memulakan perjalanan dari Kedah menuju ke Marina Island Jetty Complex. Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam. Sebab we all exit di Changkat Jering, and dari Changkat Jering, lalu jalan biasa hampir 3 jam. Kalau boleh, rancang perjalanan you all ya. Sebabnya, jalan kampung nie, biasalah, banyak sungguh lori. Penat dengan lori jer…^^;;

We all bertolak jam 8.30 pagi. Sampai di Marina Island Jetty Complex pada jam 12.30 tengahari. Sampai di sana, kami cari kedai makan, sebab Ya Allah, lapar sangat. Dengan hujan lebatnya, memang perut pun berkeroncong. It’s better to have lunch sebelum you all sampai ke destinasi, sebab di jeti tersebut, tiada kedai makan pun…T__T Tak tahu lah Mama, kalau sebab hari Jumaat, kan? Tapi, we all terpaksa keluar dari area jeti and cari kedai makan. Nasib baik ada kedai makan yang buka.

Finally, jumpa juga kedai makan yang buka pada hari Jumaat, waktu tengahari.

Selepas menjamu selera, we all bertolak ke jeti. Di sana, Ayah park kereta di salah satu tempat letak kereta berbayar. Bayaran untuk tinggalkan kereta di sana adalah sebanyak RM18.00 untuk sehari. Kami akan bermalam di Pulau Pangkor selama 2 malam. Jadi, 3 hari tinggalkan kereta. Jumlahnya adalah RM54.00.

Sampai di jeti, you all boleh beli tiket feri di kaunter tiket. You all kena isi segala information terlebih dahulu dengan menggunakan komputer yang telah disediakan. Selepas isi segala information you all (termasuk family members yang ikut trip sekali dengan you all), you all akan dapat code number. That code number, you all akan guna ketika hendak membeli tiket feri di kaunter tiket. Sebenarnya, ia memudahkan untuk orang di kaunter tiket terus print tiket feri you all tanpa perlu key in segala mak bapak information…:)

Harga tiket adalah seperti di atas.

You all boleh beli tiket pergi dan balik. Ataupun you all boleh beli tiket pergi sahaja. Terpulang.

Nasihat Mama, apabila you all hendak membeli tiket, pastikan kumpul segala information penumpang you all (nama penuh & IC number). So, at least, mudah kerja you all.

Perjalanan ke Pulau Pangkor dari Marina Island Jetty Complex hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja. Memang sekejap sangat.

Sampai di Pulau Pangkor, hujan pun dah berhenti. We all naik van untuk menuju ke hotel kami. Bayaran yang dikenakan oleh pemandu van tersebut adalah sebanyak RM15. We all naik van sebab total of us adalah seramai 12 orang. Jadi, memang kena naik van. Kalau you all tak ramai, mungkin boleh naik teksi biasa sahaja.

Hotel yang kami booking adalah Sandy Beach Resort. Mama ambil bilik deluxe (a queen + a single bed). Harga untuk bilik yang Mama ambil adalah dalam RM300 untuk satu malam. Inas akan tidur dengan kami, while Syahir share bilik dengan one of my brothers. Paling best tentang bilik kami, facing the pool and memang dekat sangat untuk berjalan ke pantai.

Pada waktu petang, apa lagi. Mandi pool dan mandi pantai sepuas-puasnya. Sorry lah, tiada gambar mandi-manda di pantai dan pool, sebab Mama pun terjun pool dan mandi pantai sekali. So, memang Mama malas sangat hendak ambil gambar. Haha…^^;;

Best hotel ini, sebab sediakan tempat ampaian untuk keringkan baju mandi di setiap bilik. Tapi, apabila sudah hujan, no point juga gantung-gantung di ampaian…^^;;

We all dinner di hotel sahaja. Sebab badan pun dah letih, and we all malas hendak keluar untuk cari kedai makan.

Day 2

Selepas breakfast, we all pergi snorkeling and island hopping. Bot yang kami sewa adalah sebanyak RM300. So, bahagi dengan 12 orang kami, seorang bayar RM25. Naik bot laju-laju nie adalah pengalaman pertama Inas dan Syahir. Sebelum ini, pernah sahaja naik bot. Tapi, the guy yang pandu bot nie, memang sengaja bawa laju-laju. Sehinggakan towel yang Mama pegang terbang jatuh dalam laut…@___@ To make it worse, it was a hotel towel. Urghhh…T___T (Tak pasal-pasal kena extra charge RM60 for that towel…T___T)

Can you see that brown towel on my lap? It was gone, ditiup angin once the boat start jalan…T___T

Nasib baiklah pengalaman lain ketika naik bot adalah enjoyable. Paling best, sebab dapat snorkeling. Even though, Mama bukannya pandai berenang pun. Pakai life jacket, dapat lah terapung. Hahaha…:)

Chalet di Pangkor Laut. Mahal sangat tempat ini. Tapi, kalau ada duit, silakan…:)

About 1 hour macam tue, we all pulang ke hotel. Mama sempat naik banana boat. Seorang bayar RM25. Ini kali kedua Mama naik banana boat. Kali pertama ketika di Pulau Langkawi. Kali pertama, memang kami minta untuk tidak jatuh dalam laut. Kali kedua naik banana boat nie, we all minta untuk jatuh dalam laut, cuma di area tepi sikit. Bukanlah di tengah laut. End up nya, bila jatuh, ha kauuu!! Tertelan air laut bagai. What an experience for me…:)

We all lunch di hotel, sebab badan pun agak letih. And sudah mula hujan. Jadi, we all stay dalam bilik hotel.

Selepas solat Zuhur and rest for a while, we all sewa van untuk jalan-jalan di area Pulau Pangkor. We all singgah di masjid terapung (ramai sangat orang) and finally, singgah di bandar untuk beli coklat dan ikan bilis. Bayaran yang dikenakan untuk sewa van tersebut adalah RM50 untuk satu jam. So, RM50 bahagi dengan 12 orang kami. Seorang bayar dalam RM5.00. This one ada driver yang bawa kami jalan-jalan sambil explain tentang kawasan di Pulau Pangkor.

Jalan-jalan cari ikan bilis…:)

Punyalah ramai orang di masjid terapung ini. Terpaksalah ambil gambar selit-selit macam tue jer…^^;;

Sampai di bilik hotel, hujan pun sudah berhenti, apa lagi, mandi pantai dan mandi pool. We all naik satu ride nie. Dia charge RM25 untuk seorang. And I thought this ride would be an easy one kalau hendak dibandingkan dengan banana boat.

And boy, was I so WRONG. It was an hellish ride. Memang terjerit-jerit. Rasa macam hendak tercabut jantung. By the time habis ride tersebut, Mama rasa Mama dah hilang suara sebab menjerit jer. Tobat tak mau naik dah…T___T Tapi, takper lah, at least dah experience sekali, kan? *Pujuk hati*

Weekend memang penuh orang di pantai. Seriously ramai sangat kalau hendak dibandingkan dengan semalam. So, you all mungkin boleh try pergi on weekdays kalau tidak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai.

Pada sebelah malam, we all keluar jalan-jalan dari hotel untuk cari kedai makan. Turn out dekat dengan hotel kami, memang tidak banyak restoran orang Islam. Banyak restoran orang Cina. Hanya ada 2 sahaja restorang orang Islam. And memang penuh. Kena pula malam tue hujan mula turun. Urghh, not the best situation at all.

Restoran yang kami pergi nie, tada masakan goreng-goreng. Jadi, kami order siakap 3 rasa, sayur kailan dan nasi putih. Itu pun, Ya Allah, lambatnya hendak siap. Disebabkan hujan sudah mula turun, and tempat we all duduk bukan berbumbung, we all minta tapau and makan di bilik hotel. Sebelah hotel kami, ada gerai burger. Mama beli burger daging special. Makan di bilik hotel. The rest of us makan apa yang beli di kedai makan.

Can you see that I am wearing the same outfit, dari pagi sampai lah malam. Bila berjalan-jalan macam nie, memang malas hendak packing baju banyak-banyak. Bawa baju yang selesa jer…:)

Apa-apa pun, we all bersyukur sangat-sangat sebab dapat makan. Alhamdulillah…:)

Day 3

Not so much on our third day. Sebab kami banyak berkemas untuk pulang. Selepas breakfast, we all kemas segala luggage kami and check out dari hotel kami. We all naik van menuju ke jeti. Since we all sudah beli tiket pergi balik ketika hari pertama, so we all hanya menunggu untuk feri kami sampai.

Perjalanan dari Pulau Pangkor menuju ke Marina Island Jetty Complex hanya mengambil masa 10 minit.

Alhamdulillah, syukur…:) Kami selamat sampai di Marina Island Jetty Complex. Ayah ambil kereta di tempat letak kereta, and kami pulang ke rumah masing-masing. And the journey took another 4 hours untuk sampai. So, as usual, pesanan Mama, rancanglah time dan perjalanan you all elok-elok ya.

So, Mama harap, penulisan Mama tentang trip Mama ke Pulau Pangkor ini, boleh membantu sedikit sebanyak bagi sesiapa yang ingin merancang untuk bercuti di sana. Happy reading and happy holiday…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *