Trip To The Carnivall Waterpark

Alhamdulillah, syukur…:)

Hari ini, Mama berpeluang untuk menulis satu entry, berkongsi pengalaman Mama dan keluarga Mama bermandi manda di The Carnivall Waterpark. The Carnivall Waterpark ini terletak di Sungai Petani, Kedah.

Mama dan keluarga Mama berpeluang untuk pergi ke The Carnivall Waterpark ini pada 25 Disember 2019 yang lepas. Since we all decided untuk spend masa hampir setengah hari di sini, we all bertolak pada awal pagi, untuk hendak elak daripada beratur lama ketika membeli tiket.

Waktu ini pun memang sudah agak panas terik. Ketika ini, we all sedang beratur untuk membeli tiket.

Satu tips daripada Mama, rajin-rajinkan lah untuk visit Facebook Page The Carnivall Waterpark untuk mengetahui any promotions. Mana tahu, you all boleh dapat extra discount kan?

Anyway, waktu we all sampai ke lokasi, water theme park ini masih belum beroperasi. Tetapi, sudah agak ramai yang beratur untuk membeli tiket. Tempat parking kenderaan agak banyak. So, memang tiada masalah untuk mencari tempat untuk park kereta.

Permata hati Mama dan Ayah.

Alhamdulillah, we all tidak mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan tiket we all. Kalau you all government servant, you all boleh dapat extra discount daripada original price.

Ini adalah harga-harga tiket masuk ke The Carnivall Waterpark. Since waktu kami pergi adalah ketika cuti sekolah dan cuti Hari Krismas, jadi waktu beroperasi adalah bermula jam 10.00 pagi.

Sebelum masuk ke water theme park, akan ada pekerja-pekerja yang akan search your bags, in case you all bawa masuk makanan. Kalau ada makanan yang di bawa, memang tidak boleh dibawa masuk ke dalam water theme park. Makanan yang dibawa akan disimpan di locker yang berdekatan dan you all hanya perlu ingat nombor locker tersebut. Tiada bayaran yang dikenakan untuk simpan makanan di locker tersebut. So, in case you all sedang main and lapar, and you all hendak makan makanan yang you all bawa, you all boleh keluar sekejap, ambil makanan di locker tersebut and makan di situ. And boleh masuk semula.

Air minuman boleh di bawa masuk ke water theme park. Cuma makanan sahaja yang tidak dibenarkan bawa masuk. And jangan risau. Di dalam water theme park memang ada gerai dan kedai yang menjual makanan ringan (even mee segera pun ada) dan minuman. Cuma sediakan duit sahaja lah ya.

Ayah belanja Mama makan ais krim sambil tunggu anak-anak Mama main air dengan girangnya…:)

Ada locker yang boleh you all sewa untuk simpan barang-barang berharga you all. So, you all boleh pergi mandi dengan tenang…:D

All the slides yang ada dalam water theme park ini akan mula beroperasi agak lewat daripada waktu operasi water theme park. Selepas lebih kurang sejam lebih selepas we all masuk water theme park, baru water slides mula beroperasi. So, sebelum itu, memang we all main air dalam mana-mana kolam yang ada dahulu. No problems pun, sebab Syahir dan Inas memang hantu main air.

Bagi Mama, The Carnivall Waterpark ini just nice untuk quick vacation with the family. Ada juga hotel yang berdekatan untuk sesiapa yang ingin stay di sana. So, you all boleh mandi sepuas-puasnya. Overall, family Mama memang enjoy mandi di sana. Lokasi bersih, air pun bersih. Walaupun water theme park ini tidak lah besar mana, tetapi, dari segi kebersihan dan kemudahan yang disediakan, Alhamdulillah, kami berpuas hati.

And lokasi pun memang dekat dengan bandar. Banyak tempat makan. So, in case you all stay di sana, bab makan memang you all tidak perlu risau.

We all hanya stay setengah hari sahaja. So, by jam 1.30 tengahari, we all bertolak pulang ke rumah. Alhamdulillah, Syahir dan Inas memang enjoy sebab dapat main air.

So, kalau you all ingin a quick vacation with water theme park, you all boleh pergi ke The Carnivall Waterpark. Semoga perkongsian Mama ini memberi sedikit manfaat pada you all…:)

For more information, you all boleh visit kedua-dua page ini untuk lebih maklumat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *